Saturday, 5 October 2013

friends a like stars..

Assalamualaikum.. aduhaiii.. dek kekalutan,kesibukan..lama blog ini sepi tanpa post.

betapa..dalam 10 bulan yang telah ku lalui dalam 2013 ini pelbagai sukaduka yang dilalui..
syukur..semuanya baik-baik sahaja..

berbalik tajuk.. sahabat..rakan..taulan..bagi aku adalah seperti bintang.. walau jarang kelihatan di langit malam..tapi kita tahu mereka ada..

dan oleh kerana itulah..aku amat menghargai mereka. aku hanya ada bintang-bintang di sekolah menengah dan sekolah rendah sahaja..aku tak menjejak kaki ke menara gading..

maka dengan itu..kawan sekolah menengah lah yang terdekat dan paling akrab serta paling kuat memori aku melekat.. namun begitu,ada juga sebilangan kawan sekolah rendah yang masih kekal dalam ingatan dek kerap bertemu..dan terimakasih FB <3

sahabat.. andai ada salah laku aku..lancang kata aku..pincang perbuatan aku.. maafilah aku. kalian bintang yang menyinar dalam hidupku..